Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS

Дата публикации: 24-09-2026 05:20:18


TANJUNG MALIM: Kepincangan yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) menyebabkan penggantungan pendaftaran gabungan tersebut oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggantungan semua aktiviti PN kerana rungutan ataupun komen yang dihantar oleh salah sebuah parti gabungan itu. “Tentunya ada beberapa kepincangan yang telah berlaku di dalam ... Read more
The post Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

TANJUNG MALIM: Kepincangan yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) menyebabkan penggantungan pendaftaran gabungan tersebut oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penggantungan semua aktiviti PN kerana rungutan ataupun komen yang dihantar oleh salah sebuah parti gabungan itu.

“Tentunya ada beberapa kepincangan yang telah berlaku di dalam Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan penggantungan ini dibuat.

“Kita harap perkara ini dihadapi dengan tenang terutamanya parti-parti yang bergabung dalam PN yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Ahmad Zahid berharap perkara itu dihadapi dengan tenang terutamanya parti-parti yang bergabung dalam PN yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“PN mungkin mempunyai perancangan sendiri sekiranya penggantungan itu diteruskan seperti menggunakan lambang parti masing-masing,” katanya.

Jelasnya, Akta Pertubuhan 1966 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dipraktikkan untuk menjaga kepentingan ahli atau anggota pertubuhan yang berdaftar dengan RoS.

Media melaporkan RoS  mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa semalam.

Menurut RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN kelmarin.

RoS menjelaskan notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bukannya membatalkan gabungan parti tersebut sebaliknya bagi memberi ruang kepada gabungan berkenaan mengemukakan penjelasan dalam tempoh yang munasabah.

Sementara itu, mengenai PRN Melaka, Ahmad Zahid berkata, beliau menyerahkan mandat kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Menurutnya, BN  akan mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti gabungan atau parti-parti politik yang mahu menjalin kesefahaman dengan BN Melaka.

“Saya telah memberikan mandat kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bersama-sama dengan pegawai-pegawai di pejabat untuk mengadakan perbincangan dan perundingan,” katanya. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim019.5124-09-2026
2Ahmad Faizal kecewa kemelut PN bawa kesan besar024.6224-09-2026
3Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
4Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari023.7324-09-2026
5UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026
6Belum ada pihak ajak BN Melaka berunding022.524-09-2026
7PRU16 adalah ibu segala pilihan raya – Sanusi025.6424-09-2026
8Pertikaian mesti diselesaikan mengikut UUTKNS, Adat Perpatih dan institusi berkuasa021.6224-09-2026
9Tabung Najib: Ahli Pas tidak selesa tetapi akur keputusan pimpinan – Penganalisis022.9524-09-2026
10БЕСЕДА С ПРЕМЬЕР-МИНИСТРОМ МАЛАЙЗИИ АНВАРОМ ИБРАГИМОМ. 11 СЕНТЯБРЯ 2026 ГОДА.  НЬЮ-ДЕЛИ. ...012.612-09-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 22.88. Источник: www.utusan.com.my.