Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Pertikaian mesti diselesaikan mengikut UUTKNS, Adat Perpatih dan institusi berkuasa

Дата публикации: 24-09-2026 05:41:56


SEREMBAN: Pertikaian mengenai adat dan institusi raja di Negeri Sembilan mesti diselesaikan menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS),  Adat Perpatih serta melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa termasuk Undang Yang Empat dan Dewan Keadilan dan Undang mengikut fungsi masing-masing. Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memaklumkan, pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu tidak mahu mengambil ... Read more
The post Pertikaian mesti diselesaikan mengikut UUTKNS, Adat Perpatih dan institusi berkuasa appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

SEREMBAN: Pertikaian mengenai adat dan institusi raja di Negeri Sembilan mesti diselesaikan menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS),  Adat Perpatih serta melalui institusi yang mempunyai bidang kuasa termasuk Undang Yang Empat dan Dewan Keadilan dan Undang mengikut fungsi masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim memaklumkan, pendirian kerajaan negeri adalah jelas iaitu tidak mahu mengambil alih tugas institusi adat dalam menentukan pertikaian berkenaan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru supaya semua pihak yang terlibat segera mencari jalan penyelesaian secara berhemah, tertib dan bermaruah demi
mengembalikan keharmonian Negeri Sembilan.

“Apa juga keputusan muktamad yang dibuat secara sah oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa menurut adat dan Undang-Undang Tubuh akan
dihormati oleh kerajaan negeri.

“Sebagai sebuah Kerajaan yang diberikan mandat rakyat dan memegang amanah kuasa eksekutif berperlembagaan, kami akan terus mentadbir negeri ini, menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Kerajaan Negeri tidak mencari pertelingkahan dengan Institusi Raja. Kerajaan juga tidak mahu adat dijadikan gelanggang politik. Namun pada masa yang sama, jangan jadikan kemelut adat dan institusi sebagai alasan untuk mengganggu, mengintimidasi atau menyekat sebuah kerajaan Negeri yang sah daripada melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Seremban hari ini.

Jelas Ismail, tanggungjawab kerahaan negeri adalah memastikan pentadbiran kerajaan terus berjalan, rakyat terus diberikan perkhidmatan dan kemuliaan institusi adat serta Raja Negeri Sembilan terus dipelihara.

Dalam menghadapi saat yang mencabar ini, kita perlu kembali kepada falsafah Negeri Sembilan sendiri, ‘Biar mati anak, jangan mati adat’ Adat hendaklah dipertahankan, perlembagaan hendaklah dijunjung, mandat rakyat hendaklah dihormati dan institusi hendaklah dipelihara.

Semoga kebijaksanaan, muafakat dan rasa tanggungjawab kepada Negeri Sembilan akhirnya mengatasi segala perbezaan,” katanya.-UTUSAN.

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
2Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari023.7324-09-2026
3UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026
4Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim019.5124-09-2026
5Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS022.8824-09-2026
6Tabung Najib: Ahli Pas tidak selesa tetapi akur keputusan pimpinan – Penganalisis022.9524-09-2026
7Ahmad Faizal kecewa kemelut PN bawa kesan besar024.6224-09-2026
8Belum ada pihak ajak BN Melaka berunding022.524-09-2026
9UTeM To Offer Degree In Quantum Computing; A First In Malaysia04.4629-07-2026
10Google’s Gemini Spark Is Officially Rolling Out In Malaysia05.3129-07-2026

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 21.62. Источник: www.utusan.com.my.