Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim

Дата публикации: 24-09-2026 18:20:05


KUALA TERENGGANU: Pas mempersoal kewajaran tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 23 September lalu, sebelum penjelasan terhadap aduan dibuat ke atas gabungan itu diteliti. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penggantungan itu dibuat susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan ... Read more
The post Apa tujuan notis penjelasan jika keputusan gantung PN sudah dilaksana? – Tuan Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

KUALA TERENGGANU: Pas mempersoal kewajaran tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 23 September lalu, sebelum penjelasan terhadap aduan dibuat ke atas gabungan itu diteliti.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penggantungan itu dibuat susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan salah sebuah parti komponen PN sendiri.

Kata beliau, apa yang menghairankan adalah sehari sebelum penggantungan dikuatkuasakan, RoS mengeluarkan notis bagi memberi peluang kepada PN mengemukakan penjelasan.

“Namun sebelum penjelasan itu sempat diteliti, kegiatan PN sudah pun digantung. Susunan peristiwa ini menimbulkan satu persoalan asas, apakah tujuan sebenar notis penjelasan diberikan jika keputusan menggantung sudah pun dilaksanakan?

“Saya tidak mempertikai hak dan tanggungjawab RoS untuk menyiasat aduan serta bertindak mengikut peruntukan undang-undang. Namun apabila ruang penjelasan masih dibuka kepada PN, sebarang keputusan menggantung seluruh kegiatannya sepatutnya berasaskan alasan yang jelas, teliti dan boleh dipertahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tuan Ibrahim, keadilan prosedur bukan sekadar soal formaliti tetapi adalah asas kepada kepercayaan rakyat terhadap institusi.

Katanya, penjelasan yang diterima kemudian tidak semestinya dapat memulihkan kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penggantungan.

“Yang lebih membimbangkan, keputusan ini berkuat kuasa tepat pada hari Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan. Menjelang pilihan raya, parti-parti memerlukan ruang dan masa yang cukup untuk menyusun calon, menyelaraskan jentera kempen dan menyampaikan maklumat kepada pengundi dalam tempoh yang sangat terhad,” katanya.

Beliau berkata, penggantungan kegiatan PN pada saat yang kritikal itu bukan sekadar isu pentadbiran, ia berpotensi menjejaskan hak rakyat untuk mendapat pilihan yang jelas dan persaingan yang adil dalam proses demokrasi.

Justeru itu, beliau menyeru RoS supaya menjelaskan dengan terperinci asas dan justifikasi penggantungan tersebut kepada PN, memberi ruang yang sewajarnya untuk PN mengemukakan jawapan yang lengkap dan meneliti jawapan tersebut dengan segera serta tanpa prejudis.

“RoS juga wajar mempertimbang semula keperluan mengekalkan penggantungan dalam tempoh proses penjelasan masih berlangsung,” katanya. – UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Kepincangan dalam PN punca pendaftaran digantung RoS022.8824-09-2026
2Wawasan persoal ‘tangan ghaib’ di sebalik penggantungan PN025.4624-09-2026
3Ahmad Faizal kecewa kemelut PN bawa kesan besar024.6224-09-2026
4Hak Bersatu sebagai anggota PN dinafikan – Muhyiddin0517-07-2026
5Kamu ada kuasa, buatlah apa sahaja – Fadhli Shaari023.7324-09-2026
6Tabung Najib: Ahli Pas tidak selesa tetapi akur keputusan pimpinan – Penganalisis022.9524-09-2026
7Bersama nafi beri laluan kepada Aminuddin0516-07-2026
8Belum ada pihak ajak BN Melaka berunding022.524-09-2026
9Berjasa umum tanding DUN Nilai0517-07-2026
10UMNO Pulau Pinang lebih utamakan kerjasama PH-DAP031.6124-09-2026

Классификация: Международные. Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 19.51. Источник: www.utusan.com.my.