Вход на сайт

Просмотр новости

Найдите то, что Вас интересует

Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN

Дата публикации: 21-10-2026 03:17:32


PETALING JAYA: Sumbangan kewangan oleh Pas tidak wajar dijadikan alasan untuk memperkecil peranan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN). Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, R. Sri Sanjeevan berkata, pendirian parti itu tegas berhubung dakwaan Pas merupakan penyumbang dana terbesar kepada PN dengan sumbangan RM43,000 sebulan. Menurutnya, adalah sewajarnya Pas menyumbang kepada gabungan yang turut mengangkat kedudukan ... Read more
The post Sumbangan wang bukan lesen perkecil rakan gabungan PN appeared first on Utusan Malaysia.


Основное содержимое страницы с новостью.

PETALING JAYA: Sumbangan kewangan oleh Pas tidak wajar dijadikan alasan untuk memperkecil peranan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, R. Sri Sanjeevan berkata, pendirian parti itu tegas berhubung dakwaan Pas merupakan penyumbang dana terbesar kepada PN dengan sumbangan RM43,000 sebulan.

Menurutnya, adalah sewajarnya Pas menyumbang kepada gabungan yang turut mengangkat kedudukan politiknya sehingga parti itu mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada PRU14, Pas memenangi 18 kerusi Parlimen. Pada PRU15, jumlah tersebut melonjak kepada 43 kerusi ketika Pas  berada dalam PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Presiden Pas sendiri pernah mengakui bahawa pencapaian tertinggi itu diraih melalui kerjasama dalam PN.

“Maka, jangan ketika meraih kemenangan, segala jasa dibolot sendiri tetapi apabila menunaikan tanggungjawab kewangan, sumbangan diungkit seolah-olah seluruh gabungan hidup atas ihsan Pas” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berlaku tidak sampai lapan bulan selepas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengambil alih.

Katanya, antara alasan yang dinyatakan ialah penafian hak Bersatu menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

“Pas mesti memikul pertanggungjawaban politik atas kemelut ini. 

“Sumbangan kewangan bukan lesen untuk membelakangkan perlembagaan dan memperlekeh rakan,” katanya.

Menurut beliau, tindakan mengiktiraf jasa bersama mencerminkan kematangan dalam politik manakala mengungkit sumbangan sambil mengecilkan peranan rakan hanya memperlihatkan ketandusan jiwa setiakawan. –UTUSAN

Схожие новости

#Наименование новостиТональностьИнформативностьДата публикации
1Jangan jadikan kuasa kerajaan alat sekat demokrasi – Gerakan028.4921-10-2026
2Bersatu boleh tubuh gabungan parti politik baharu018.721-10-2026
3PH Melaka bergerak solo tanpa kerjasama termasuk Bersatu021.7421-10-2026
4Aduan kepada RoS bukan satu bentuk pengkhianatan – Armada021.8221-10-2026
5Johari tunggu penjelasan Ahmad Samsuri berhubung status PN027.2321-10-2026
6BN sah bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka –Zahid Hamidi021.3721-10-2026
7BN mahu rampas DUN Ayer Keroh, Bukit Katil022.4621-10-2026
8Presiden UMNO tidak dapat hadir Himpunan Munajat dan Penyatuan Ummah023.1820-10-2026
9Mafia korporat: Rafizi perlu perjelas peranan beliau semasa jadi menteri – AMK019.9321-10-2026
10Лидер оппозиции Малайзии призвал премьера страны уйти в отставку из-за отмены режима ЧП0029-07-2021

Классификация: . Схожих патентов: 0. Схожих новостей: 10. Тональность: 0. Информативность: 25.58. Источник: www.utusan.com.my.